MPKR medium perkukuh integrasi nasional - Utusan Malaysia

MPKR medium perkukuh integrasi nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) yang bakal ditubuhkan kerajaan mampu untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Md. Farid Md. Rafik berkata, usaha itu bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian kaum dan agama.

Beliau berkata, MPKR akan berfungsi sebagai platform percambahan fikiran dan rekonsilasi antara kaum dan agama, memandangkan perpaduan negara kini berdepan dengan bermacam cabaran dari pelbagai sudut.

“Kertas cadangan penubuhan majlis ini telah diketengahkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Kami berharap ia akan mendapat kelulusan dalam waktu terdekat,” katanya ketika ucapan penutup Seminar Kebangsaan Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional di Menara Integriti, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan, Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang turut menyampaikan syarahan bertajuk Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional.

Seminar tersebut anjuran bersama Institut Integriti Malaysia (Integriti) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×