Mohd. Zawawi nafi buka pekung kerajaan negeri mengenai isu tempatan - Utusan Malaysia

Mohd. Zawawi nafi buka pekung kerajaan negeri mengenai isu tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menafikan tindakannya membawa isu tempatan antaranya sistem perparitan, pusat pelupusan sampah haram, jalan raya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sebagai membuka pekung kerajaan negeri. 

Sebaliknya, Mohd. Zawawi berkata, isu tersebut diketengahkan bagi memberi keyakinan kepada pengundi di DUN berkenaan bahawa masalah yang membelenggu mereka akan selesai sekiranya memilih dirinya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan isu setempat yang tidak diselesaikan kerajaan PKR hari ini berikutan berlakunya pertindihan kuasa dengan kerajaan persekutuan yang lalu.

“Kita berdepan dengan cabaran ketika hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk. Namun, selepas kerajaan pusat ditadbir bersama kerajaan negeri, kita berjanji akan membuat pembangunan secara komprehensif.

“Tindakan saya membawa isu ini bukan membuka pekung kerajaan negeri, tetapi memahami apa yang berlaku di kawasan kampung ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pendekatan Mohd. Zawawi dalam menggunakan isu tempatan dalam berkempen secara langsung membongkar kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Selangor.

Menurutnya, seharusnya sebagai calon mewakili kerajaan negeri tidak perlu membangkitkan isu-isu tersebut sebaliknya terus melakukan pembaharuan kepada rakyat.

Katanya, situasi itu telah mengakibatkan Mohd. Zawawi memakan dirinya sendiri dalam berkempen bagi PRK DUN Sungai Kandis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN