PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-13 di hadapan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini. Menurut satu kenyataan, pada 21 Mei lalu, Seri Paduka Baginda telah memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020. “Majlis angkat sumpah tersebut selaras…










