Mohd. Dzuraidi dilantik pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak - Utusan Malaysia

Mohd. Dzuraidi dilantik pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Pahlawan Mohd. Dzuraidi Ibrahim dilantik sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu menggantikan Datuk Seri Amer Awal berkuat kuasa hari ini.

Mohd. Dzuraidi mengambil alih jawatan yang disandang Amer yang bersara wajib padan19 April lalu.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Sementara itu, Amer dalam ucapan berkata, beliau mula bersara wajib pada 19 April lalu, namun dilanjutkan secara kontrak selama tiga bulan. 

“Saya mula bertugas di Sarawak pada 17 Julai tahun lalu.

“Dalam tempoh setahun dua hari ini, saya menimba pelbagai pengalaman sepanjang bertugas di negeri ini,” katanya ketika berucap tadi di MES Pegawai, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN