Mohd. Asmirul Anuar dilantik Setiausaha Kehormat KFA - Utusan Malaysia

Mohd. Asmirul Anuar dilantik Setiausaha Kehormat KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Mohd. Asmirul Anuar Aris dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi penggal 2018 hingga 2022.

Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jawatan Bendahari Kehormat badan induk bola sepak negeri itu pula disandang juruaudit, Mohd. Ruzaini Mohd. Radzi.

“Sukacita diumumkan dua pelantikan tersebut adalah berkuat kuasa serta-merta bagi memantap dan melancarkan lagi pengurusan KFA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berharap agar Mohd. Asmirul Anuar dan Mohd. Ruzaini dapat memikul serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang demi kegemilangan arena sukan bola sepak negeri.

“Syabas dan tahniah atas pelantikan ini, selamat menjalankan tugas,” tambahnya.

Mohd. Asmirul Anuar menggantikan bekas penyandang jawatan itu, Datuk Aminuddin Omar manakala Mohd. Ruzaini mengambil alih tugas Datuk Yusof Ismail.

Aminuddin merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Insan negeri serta Yusof pula ialah bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar.

Aminuddin dan Yusof meletakkan jawatan berkenaan selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA pada Mei lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×