Mohamed Hanipa sedar dan stabil - Pegawai media - Utusan Malaysia

Mohamed Hanipa sedar dan stabil – Pegawai media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga JPM pagi tadi telah sedar dan berada dalam keadaan stabil.

Pegawai medianya, Anas As-Said Zaharuddin ketika dihubungi Bernama berkata, Mohamed Hanipa, 49, masih menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.

“Doktor masih membuat pemeriksaan mengenai punca beliau rebah. Saya akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Anas As-Said turut memohon kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Mohamed Hanipa.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.40 pagi tadi, keadaan bertukar kecoh apabila Mohamed Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan Menteri dan Timbalan Menteri JPM tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Mahathir yang sedang berucap pada majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN