Mohamed Hanipa kembali senyum - Utusan Malaysia

Mohamed Hanipa kembali senyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, 49 yang rebah secara tiba-tiba dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam sudah mula tersenyum.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub yang melawat Mohamed Hanipa di Hospital Putrajaya hari ini lega melihat beliau kembali tersenyum.

“Sempat melawat rakan seperjuangan saya YB Hanipa yang pitam semalam. Alhamdulillah, saya lega dan gembira melihatnya kembali tersenyum,” kata Salahuddin di Facebook beliau sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri cemas seketika apabila Mohamed Hanipa rebah secara tiba-tiba dalam majlis tersebut.

Beliau jatuh dari pentas utama ke lantai selepas beberapa minit Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan amanat dalam majlis itu yang berlangsung di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama beberapa menteri dan timbalan menteri yang berada di pentas sama turun memberikan pertolongan kepada Mohamed Hanipa.

Mohamed Hanipa tu­rut diberikan bantuan kecemasan oleh anggota-anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya dengan menaiki ambulans.

Pada April 2016 lalu, Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang pernah pengsan semasa sidang Dewan Rakyat dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans.

Susulan kejadian tersebut, beliau menerima rawatan di HKL dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) kerana serangan strok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×