MH17 Malaysia tetap tuntut keadilan - Utusan Malaysia

MH17 Malaysia tetap tuntut keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Julai – Malaysia konsisten akan menyokong penuh proses siasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikendalikan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) secara bebas dan telus.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Malaysia meletakkan harapan yang sama seperti JIT agar pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Orang awam jelas beliau, harus tampil bagi membantu siasatan termasuk mengemukakan bukti yang boleh membantu siasatan.

“Malaysia dan JIT tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke penamatnya.

“Komitmen kita terhadap keluarga dan waris mangsa tetap teguh bersama-sama dengan negara-negara dari JIT yang akan terus menyiasat supaya dapat membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini genap ulang tahun keempat tragedi penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014 lalu sehingga mengorbankan seramai 283 penumpang dan 15 krew penerbangan.

Anthony berkata, pastinya sukar untuk waris mangsa MH17 melalui tempoh selama 48 bulan sejak insiden tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN