BANGKOK 9 Julai – Seorang Menteri menyalahkan pengendali pelancong China berikutan kematian lebih 40 orang yang kebanyakannya pelancong China dalam kemalangan bot karam di perairan pulau Phuket, Khamis lalu.
Ketika ini, para penyelam masih mencari 11 orang masih hilang.
Ketika kejadian, kapal tersebut,‘The Phoenix’ membawa 105 penumpang termasuk 93 pelancong dari China dan 12 anak kapal warga Thailand.-REUTERS










