Menteri ‘kantoi’, hutang negara stabil - Utusan Malaysia

Menteri ‘kantoi’, hutang negara stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANK Dunia baru sahaja mendedahkan hutang Malaysia masih ‘terkawal’, atau bahasa mudahnya stabil, dan negara tidak akan terjerumus ke dalam krisis seperti dihebahkan Menteri Kewangan sebelum ini. Malah, kenyataan itu di buat di depan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Ketua Ekonomi Bank Dunia, Dr. Richard Record berkata, sebanyak 97.7 peratus hutang negara dalam denominasi ringgit sedangkan kerajaan sebelum ini didakwa menganggap hutang dalam matawang Yen ‘lebih bagus’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Kewangan juga pernah berkata janji manifesto akan ditunaikan bila hutang negara ‘stabil’, belum 100 hari memerintah badan antarabangsa sudah ‘kantoikan’ pak menteri apabila mengesahkan memang hutang negara stabil.

Adakah Bank Dunia kroni mahupun dibayar oleh UMNO? Mungkinkah kerajaan khususnya Menteri Kewangan akan tunaikan janji manifesto atau akan keluar alasan baharu?

Sambil memegang bekas bertih jagung dan air sirap ikat tepi, saya ternanti-nantikan babak seterusnya bak drama sensasi pukul 7 malam di TV3.

Itulah yang sudah dikatakan berulang kali, sekalipun berjaya tipu rakyat Malaysia mana mungkin menipu satu dunia lebih-lebih lagi ketika negara menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. Maka, masuklah kita ke babak kedua.

PENERBIT FILEM

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN