MELAKA 16 Julai – Pegawai kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) menjadi yang pertama mengisytiharkan harta masing-masing sejak mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri berharap, setiap individu yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) akan lebih bertanggungjawab dalam melaksana tugas sekali gus menjauhkan diri daripada perlakuan rasuah selama memegang jawatan masing-masing. “Pelaksanaan IBR ini adalah satu pendekatan Kerajaan PH yang baharu dibentuk…