KUALA LUMPUR 24 Julai – Pengamal media seharusnya memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat supaya memahami prosiding dan prosedur sidang Dewan Rakyat serta Parlimen. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md. Yusof berkata, penulisan mereka sama ada dalam akhbar, televisyen atau media sosial secara tidak langsung mampu mengubah pemikiran masyarakat secara mendalam. “Perjalanan sidang Dewan Rakyat kadangkala sarat dengan peraturan dari Buku Mesyuarat Dewan, di mana prosiding dan terma-terma…










