MBMB percepat proses permohonan kebenaran merancang - Utusan Malaysia

MBMB percepat proses permohonan kebenaran merancang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 17 Julai – Selaras dengan inisiatif kerajaan negeri untuk memoercepatkan proses permohonan kebenaran merancang yang dihantar kepada pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melalui Unit Pusat Setempat (OSC), dijangka masa proses sedia ada ditambah baik iaitu daripada 111 hari kepada 30 hari.

Datuk Bandar (MBMB), Datuk Azmi Hussain berkata, untuk memastikan kelancaran bagi memendekkan tempoh masa memproses itu, tanggungjawab dan komitmen daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan.

“Kerjasama terutama peranan yang perlu dilaksanakan oleh pihak perunding selaku wakil bagi pemohon atau pemaju hartanah.

“Perunding perlulah menastikan segala urusan berkaitan ulasan daripada agensi teknikal dalaman dan luaran diperoleh melalui sesi pre-consult serta melengkapkan segala dokumen sebelum ianya dihantar kepada pihak urusetia OSC,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan proses penambahbaikan itu akan melalui tempoh percubaan pada 1 September depan sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN