KAZAN – Hajat Argentina untuk mengulangi pencapaian mara ke final Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut hancur berkecai selepas tewas tipis 3-4 kepada Perancis pada perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik edisi 2018 di Kazan Arena, Kazan, Rusia malam ini. Dua jaringan pemain muda, Kylian Mbappe dan satu gol masing-masing daripada Antoine Griezmann serta Benjamin Pavard sudah cukup meranapkan terus impian Argentina meskipun juara dunia dua kali itu berjaya bangkit dari…