SEREMBAN 6 Julai – Menteri Besar, Aminuddin Harun hari ini mengetuai senarai empat orang penerima anugerah pangkat kehormat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu majlis khas di sini. Beliau menerima anugerah Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba daripada Ketua Pengarah JPBM, Mohamad Hamdan Wahid. Sementara itu, tiga orang menerima pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malek…










