Mayat peserta sukan lasak ditemukan nelayan - Utusan Malaysia

Mayat peserta sukan lasak ditemukan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 16 Julai – Mayat seorang lagi peserta sukan lasak Port Dickson International Triathlon 2018  ditemukan di perairan pantai Port Dickson dekat sini pagi ini.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, mayat Yuan Chi Yuen, 42, yang merupakan warga Hong Kong dijumpai oleh nelayan di sekitar Pulau Karang dekat sini.

“Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerima panggilan daripada nelayan memaklumkan penemuan mayat mangsa kira-kira satu batu nautika dari tempat dia disyaki hilang semalam.

“Pasukan SAR digerakkan ke lokasi untuk membawa mayat mangsa ke darat dan seterusnya dibawa ke Hospital Port Dickson,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang peserta pertandingan sukan lasak itu, Tharm Wei Wong, 39, ditemukan lemas, manakala Chi Yuen dilaporkan hilang ketika berenang dalam pertandingan tersebut.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada jarak renangan yang terlalu jauh serta ombak dan angin kuat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN