Mayat nelayan hilang ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat nelayan hilang ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 26 Julai – Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam kira-kira 7 batu nautika daripada selatan Pulau Perhentian Isnin lalu, ditemukan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Mayat Mohd. Shairil Ibrahim, 35, dari Kampung Telaga Papan, Pasir Putih ditemukan terapung kira-kira 1 batu nautika daripada tempat mangsa dilaporkan lemas.

Pengarah Operasi Wilayah Timur, Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata, mayat mangsa ditemukan oleh seorang nelayan yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mayat mangsa tiba di jeti Kuala Besut pukul 3 petang tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau yang juga Ketua Penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat menerusi aplikasi whatsapp hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, Mohd. Shairil hilang setelah bot yang dinaiki bersama seorang lagi rakannya, Mohd. Saupi Ibrahim, 57, karam dipukul ribut kira-kira 7 batu nautika dari Pulau Perhentian.

Tragedi itu berlaku ketika mereka berdua dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke Pulau Lang Tengah dan setiba di tempat kejadian, bot yang dinaiki karam setelah dilanda ribut menyebabkan Mohd. Shairil hilang manakala rakannya, Mohd. Saupi berupa berenang sebelum diselamatkan nelayan lain keesokannya.

Mohd. Shairil dikatakan berpatah balik ke bot yang karam itu untuk mengambil semula begnya yang tertinggal sebelum lemas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN