Mayat lelaki Indonesia ditemui dengan kesan tetakan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki Indonesia ditemui dengan kesan tetakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN – Satu mayat lelaki ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan parah di tepi Jalan Batu 9, Kampung Lot M di sini hari ini.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 7.01 pagi tersebut, pemeriksaan awal terhadap fizikal mangsa berusia 60 tahun menemui kesan luka kira-kira enam sentimeter pada muka sebelah kanan serta di lengan kiri, belakang kepala dan bahagian belakang telinga kanan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahman berkata, sepasukan polis segera bertindak ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki terbabit.

“Setibanya di tempat kejadian pihak polis mendapati seorang lelaki terbaring di tepi jalan dan terdapat beberapa kesan luka dipercayai ditetak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tiga keping surat Pajak Terhutang Bumi dan Bangunan dari Indonesia dipercayai milik mangsa yang tertera nama Betta Bin Lamba dan Lamba Bin Pattawe namun, butiran lengkap mengenai lelaki tersebut masih dalam siasatan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah A. Sahak, siasatan lanjut di tempat kejadian pasukan polis turut menjumpai serpihan jam tangan disyaki milik mangsa yang terlerai dan sebuah beg pakaian serta sepasang selipar berwarna hitam jenama antarabangsa.

Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan, Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN