Mayat lelaki ditemukan dipercayai ditetak - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan dipercayai ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN 26 Julai – Satu mayat lelaki ditemukan di tepi Jalan Batu 9, Kampung Lot M di sini dengan beberapa kesan tetakan dibahagian kepala dan badan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.01 pagi tersebut, mangsa berusia 60 tahun itu ditemukan dengan kesan tetakan pada bahagian muka, lengan kiri, belakang kepala dan telinga.

Ketua Polis Daerah, Superintendan A. Sahak Rahman berkata, sepasukan polis ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit.

“Pihak polis mendapati seorang lelaki terbaring di tepi jalan dengan beberapa kesan luka dipercayai kesan tetakan.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan tiga pucuk surat pajak terhutang bumi dan bangunan dari Indonesia dipercayai milik mangsa bernama Betta Lamba dan Lamba Pattawe, namun butiran lengkap mengenai lelaki tersebut masih dalam siasatan,” katanya, di sini hari ini.

A. Sahak menambah, siasatan lanjut menemukan serpihan jam tangan disyaki milik mangsa dan sebuah beg pakaian serta sepasang selipar berwarna hitam.

“Hasil siasatan terhadap beberapa saksi yang tinggal berhampiran kawasan mayat ditemukan itu memaklumkan tiada sebarang kejadian pergaduhan berlaku atau mendengar jeritan dari luar rumah pada waktu malam sehingga subuh antara semalam dan hari ini.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN