KEHILANGAN bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif akhirnya bertemu jawapan apabila mangsa ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada pukul 11 malam Khamis lalu.
Kejadian bermula lewat Selasa lalu apabila seorang bayi dilaporkan hilang selepas didakwa diculik oleh individu yang tidak dikenali.
Selepas siasatan, mayat Adam Rayqal ditemui di bahagian sejuk beku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketika ditemui, mayat mangsa masih lengkap dengan pakaian dan dibalut kain lampin serta disumbat di dalam beg berwarna hijau.
Susulan kejadian itu, dua wanita termasuk pengasuh mangsa telah direman seminggu bagi membantu siasatan polis.











