KUALA LUMPUR 10 Julai – Penduduk Rumah Pangsa Kos Sederhana Pandan Indah gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan di dalam beg kanvas yang ditinggalkan di bangku sebuah surau di sini hari ini.
Difahamkan, mayat bayi masih bertali pusat itu ditemukan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang bermain di surau berkenaan.
Kanak-kanak tersebut segera memaklumkan penemuan mayat bayi berkenaan kepada datuknya yang kemudiannya menghubungi polis. – UTUSAN ONLINE










