Maut tertekan pedal minyak - Utusan Malaysia

Maut tertekan pedal minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 20 Julai – Dua individu termasuk seorang wanita terbunuh selepas kenderaan jenis Toyota Rav4 yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Lintas berhampiran Taman Kendara, di sini lewat malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Liu Teck Soon, 22, yang memandu kenderaan terbabit bersama rakannya, Joan Chan Chiew Ling, 21 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Abd. Rakman berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa telah terbabas sendiri.

“Hasil siasatan mendapati, kita percaya semasa dalam perjalanan, pemandu berkenaan telah tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran.

“Susulan insiden itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan daripada Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) yang tiba di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

George menambah, kedua-dua mayat berkenaan dihantar ke HQE 1, untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN