Masa semua ahli Parlimen bekerja - Utusan Malaysia

Masa semua ahli Parlimen bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menasihatkan semua ahli Parlimen menjalankan tugas dengan amanah selain memberi cadangan bernas supaya institusi Parlimen terus dipandang tinggi oleh rakyat dan negara-negara luar.

Seri Paduka turut mengingatkan semua ahli Parlimen yang telah dipilih supaya melaksanakan tanggungjawab besar mereka terhadap rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

“Kita baru sahaja selesai me­laksanakan PRU-14 pada 9 Mei 2018. Beta mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan kepimpinannya yang telah berjaya dipilih untuk menerajui pentadbiran negara.

“Rakyat telah membuat keputusan. Justeru, semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit dan tertutup,” titah Yang di-Pertuan Agong.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN