KOTA BHARU 1 Julai – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin disifatkan tiada jati diri dan mengkhianati perjuangan UMNO apabila mengumumkan keluar dari parti itu selepas pemilihan semalam. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Mas Ermieyati sepatutnya meletakkan jawatan kerana kemenangannya itu adalah atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri berkata, kemenangan bekas Ketua Puteri UMNO itu…










