Maritim Malaysia selamatkan pemancing tersadai - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia selamatkan pemancing tersadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 7 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan berjaya menyelamatkan tiga pemancing yang tersadai selepas bos mereka kehabisan minyak di lokasi sembilan kilometer dari Pengkalan Kubur, di sini tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, bilik gerakan operasi yang berpangkalan di Tok Bali menerima maklumat sebuah bot hanyut pada pukul 10.10 malam.

Menurutnya, Bot Maritim Kilat 28 segera ditugaskan ke lokasi berpandukan kedudukan bot mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bot Maritim Kilat 28 yang diketuai Bentara Maritim Zailani Mamat bersama tiga anggota menjumpai bot berkenaan bersama tiga mangsa dalam keadaan selamat pada pukul 12.15 tengah malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pemancing terbabit yang diselamatkan ialah Fairol Jusoh, 33, Faris Danial Zaisham, 18, dan Zaisham Mamat, 40, dan mereka bertiga telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN