KUALA TERENGGANU 17 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang menggandakan kekuatan bagi mengekang pencerobohan nelayan asing yang berterusan dengan turut merancang menempah tiga ‘mothership’ (kapal induk) dan empat buah pesawat. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, kapal induk yang setiap sebuah berharga antara RM250 juta hingga RM300 juta, dan berkeupayaan memuatkan enam buah bot, membolehkannya berada lebih lama di laut. “Kita turut merancang…










