Maradona teruja dilantik sebagai Presiden Dinamo Brest - Utusan Malaysia

Maradona teruja dilantik sebagai Presiden Dinamo Brest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BREST, Belarus – Legenda Argentina, Diego Maradona tiba di Belarus semalam untuk memulakan fasa baharu dalam karier gemilangnya.

Pemenang Piala Dunia 1986 itu menegaskan, peranan baharunya sebagai presiden kelab divisyen pertama, Dinamo Brest merupakan komitmen cukup serius.

Katanya, beliau berharap keha­dirannya sedikit sebanyak dapat membantu bola sepak negara itu bertambah menjadi lebih baik.

Bekas pemain Barcelona yang berusia 57 tahun itu turut menggambarkan rasa teruja untuk bertemu Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.

“Saya memiliki memori manis bersama Fidel Castro (bekas Perdana Menteri Cuba), Hugo Chavez (bekas Presiden Venezuela), Muammar Gaddafi (bekas Presiden Libya) dan saya juga mengenali Pre­siden Rusia, Vladimir Putin.

“Kini, saya mahu bergambar dengan Lukashenko yang dikenali sebagai peminat setia hoki ais dan saya berharap beliau akan menjadi penyokong kelab kami nanti,” katanya.

Sementara itu, Maradona me­negaskan, beliau tidak bimbang de­ngan faktor cuaca sejuk di Belarus yang berjiran dengan negara seperti Rusia, Ukraine, Latvia, Lithuania dan Poland.

“Ketika saya kecil, saya tidak memiliki kasut dan saya berjalan kaki ayam.

“Jadi, saya tidak takut cuaca sejuk seperti salji. Saya boleh tinggal di Belarus tanpa ada sebarang masalah,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN