BELARUS – Legenda Argentina, Diego Maradona me-ngakui beliau malu dengan persembahan teruk yang ditunjukkan pemain Argentina hingga menyebabkan mereka tersingkir awal pada Piala Dunia 2018 di Rusia.
Maradona menzahirkan pe-rasaan itu selepas melihat skuad bimbingan Jorge Sampaoli begitu berhempas pulas pada aksi pe-ringkat kumpulan bagi memastikan mereka layak beraksi pada pusi-ngan 16 pasukan terbaik.
“Ia sangat memalukan kerana pemain gagal untuk mencapai sasaran ketika beraksi di Rusia.
“Pemain terpaksa berdepan detik sukar pada aksi terakhir pe-ringkat kumpulan bagi memastikan kedudukan mereka terselamat untuk melangkah ke peringkat seterusnya,” kata Maradona.
Kejayaan menumpaskan Nigeria 2-1 pada aksi terakhir memboleh-kan mereka mara ke pusingan seterusnya selepas hanya mencatatkan satu kemenangan sepanjang aksi peringkat Kumpulan D.
Bagaimanapun, harapan mereka musnah apabila perhitungan aksi 16 pasukan terbaik menentang Perancis menyebabkan mereka terpaksa pulang awal apabila tewas 3-4 di Arena Kazan.
Namun, Maradona tetap mempertahankan penampilan Lionel Messi sepanjang kempen di Rusia walaupun dia gagal membawa pa-sukan berada pada tahap terbaik.
“Saya melihat Messi sudah berusaha dengan baik untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan tetapi pemain yang lain tidak dapat membantu melorongkan bola dengan baik kepadanya.
“Kita tidak seharusnya menuding jari kepada-nya atas kegagalan pa-sukan kerana setiap usaha yang dilakukannya tidak mendapat sokongan daripada pemain lain,” ujarnya. – Agensi










