Maradona dilantik presiden kelab Belarus - Utusan Malaysia

Maradona dilantik presiden kelab Belarus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BREST, Belarus 17 Julai – Selepas menimbulkan kekecohan pada Piala Dunia, Diego Maradona tiba di Belarus, hari ini bagi memulakan bab baharu dalam kerjanya yang penuh warna-warni.

Pemenang Piala Dunia 1986 bersama Argentina itu menegaskan, bahawa tugas baharunya sebagai presiden kelab divisyen satu, Dinamo Brest merupakan satu tanggungjawab yang sangat serius dan berkata, dia berharap kehadirannya akan dapat membantu sukan negara itu menjadi lebih baik pada setiap hari.

Legenda bola sepak berusia 57 tahun itu turut menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.

“Saya mempunyai pengalaman manis bersama Fidel Castro, (Hugo) Chavez dan (Moamer) Kadhafi serta (Vladimir) Putin.

“Sekarang saya mahu bergambar dengan Lukashenko pula. Saya berharap dia akan menjadi penyokong kami,” kata Maradona pada sidang akhbar mengenai bekas pemimpin Cuba, Venezuela dan Libya serta yang terbaharu Presiden Rusia.

Lukashenko dikenali sebagai peminat sukan hoki ais.

Maradona turut menyatakan hasratnya untuk menetap di Belarus, yang terletak di antara Rusia serta Ukraine dan legenda Argentina tersebut memberitahu, dia tidak takut kepada cuaca sejuk.

“Sewaktu saya masih kecil, saya tidak mempunyai kasut dan saya hanya berjalan kaki ayam. Jadi, saya tidak takutkan salji. Saya boleh hidup di Belarus tanpa sebarang masalah,” katanya yang membesar di kawasan luar bandar.

Maradona menandatangani kontrak selama tiga tahun pada Mei lalu dan dijangka menyaksikan perlawanan pertamanya sebagai presiden kelab, esok, di laman sendiri menentang pasukan di tangga keempat, Shakhtyor.

Dinamo Brest kini menghuni kedudukan keenam dalam liga Belarus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN