Manusia tertua disahkan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Manusia tertua disahkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 27 Julai – Manusia tertua dunia dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 117 tahun pada Ahad lalu.

Lapor Mirror Online, Chiyo Miyako, dari Jepun, meninggal beberapa hari selepas bukti rasmi permohonannya untuk diiktiraf oleh Guiness World Record sebagai manusia dan wanita tertua diluluskan.

Wanita terbabit dilahirkan di Wakayama, wilayah Kansai pada 2 Mei 1901.

Keluarga Miyako hari ini menyifatkan dirinya sebagai seorang yang petah bercakap, penyabar dan baik.

Miyako juga dikatakan menggemari tulisan kaligrafi selain suka makan sushi dan belut.

Wanita berkenaan turut gemar untuk melancong dan suaminya iaitu Shoji bekerja untuk jabatan Kereta Api Kebangsaan Jepun.

Menurut Miyako, pengambilan makanan seperti belut dan wain merah merupakan punca umurnya panjang selain tidak merokok.

Gelaran manusia tertua dunia kini dipegang oleh wanita dari Jepun juga iaitu Kane Tanaka, berusia 115 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN