Manipal Hospital perkenal alat fisioterapi lebih efisien - Utusan Malaysia

Manipal Hospital perkenal alat fisioterapi lebih efisien

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 17 Julai – Pusat perubatan swasta, Manipal Hospital Klang di sini memperkenalkan alat fisioterapi terbaharu dengan Kaedah Terapi Aktif David yang mampu menyembuhkan kesakitan otot dan kerangka tulang dengan lebih cepat dan berkesan.

Pengurus Besar Fisioterapi David Physiotherapy yang berkoloborasi dengan Manipal Hospital Klang, Theeranjeet Kaur berkata, alat tersebut mengguna pakai Sistem Profesional Penilaian Senaman (EVE) yang akan memantau kemajuan dan analisa pemulihan fungsi pinggul, lutut, tulang belakang dan bahu pesakit.

“Alat ini mampu merawat kesakitan pesakit sama ada golongan tua dan muda dengan cepat melalui Sistem EVE yang dipantau menerusi kad Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang menyimpan data senaman, tahap pencapaian dan pematuhan pesakit terhadap protokol yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Alat Fisioterapi David di Manipal Hospital Klang, di sini hari ini.

Theeranjeet berkata, para pesakit yang menghidap sakit otot dan kerangka tulang patut menggunakan kaedah tersebut bagi mengumpul data yang mampu mengawal pergerakan pesakit mengikut tahap kemampuan mereka untuk pulih.

Jelasnya, tindak balas pergerakan pesakit akan dikawal secara grafik di terminal alat fisioterapi tersebut yang akan mengawal rawatan terapi pada tahap yang selamat.

“Dengan satu klik, semua data tentang tahap pemulihan pesakit akan dapat dikumpul bagi proses terapi senaman selanjutnya.

“Program pemulihan menggunakan Kaedah EVE ini ini tidak terlalu ketat kerana ia boleh dilakukan sekali seminggu sehingga seseorang pesakit sembuh sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN