Mangsa nahas treler selamat dikebumikan awal pagi tadi - Utusan Malaysia

Mangsa nahas treler selamat dikebumikan awal pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 15 Julai – Jenazah Noorakhirludin Alam Mohammad Noor, 48, yang merupakan salah seorang mangsa dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 44 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tengah hari semalam selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Jenazah Noorakhirludin Alam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sama Gagah di sini kira-kira pukul 2 pagi tadi selepas dibawa pulang dari Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, anak sulung mangsa, Farah, 17, berkata, bapanya sebelum ini sering berpesan kepadanya supaya menjaga ibu serta adik-adiknya sekiranya ditakdirkan sudah tiada.

Tambah pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Kepala Batas itu, dia mengakui tidak sedap hati dengan kata-kata ayahnya tersebut, namun beranggapan ayahnya hanya bimbang selepas disahkan menghidap penyakit batu karang.

“Saya tidak sangka ayah terlibat dalam kemalangan yang teruk ini, saya sempat bercakap dengan ibu selepas kemalangan dan ibu meminta saya supaya kuat, sebab ibu beritahu dia tidak ada sesiapa lagi.

“Apatah lagi nasib adik saya, Ezzudin juga tidak pasti bagaimana,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah ibu saudaranya di sini malam tadi.

Dalam kejadian itu, Noorakhirludin Alam yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur maut selepas merempuh treler yang memasuki laluan bertentangan manakala isterinya, Maskiah Mad Saad, 41, turut cedera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN