MOSCOW 12 Julai – Mario Mandzukic muncul wira Croatia apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan bagi membolehkan pasukannya mengetepikan England 2-1, sekali gus menempah tiket ke pentas akhir berdepan Perancis, Ahad ini. Penyerang Juventus itu meledak gol pada minit ke-109 untuk melengkapkan kebangkitan skuad Vatreni membolehkan Croatia, yang juga merupakan sebuah negara kecil dengan populasi penduduk sekitar 4 juta, melakar sejarah apabila mara ke final Piala Dunia buat julung…










