KUALA LUMPUR – Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ASEAN (DGICM) ke-22 yang akan berlangsung di ibu negara pada 5 hingga 9 Ogos depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. Menurut beliau, mesyuarat tahunan itu akan membincangkan isu-isu semasa serantau termasuk keganasan dan keselamatan, program kerjasama serta keberkesanan pengurusan kawalan sempadan serta penguatkuasaan bersama 10 negara anggota ASEAN. “Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah…









