KUALA LUMPUR 30 Julai – Malaysia berjaya menamatkan badi kekalahan selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan pasukan Australia A dalam perlawanan ujian keempat Siri Jelajah Australia di Stadium Hoki Perth, hari ini. Pada aksi hari ini, skuad negara yang mengalami tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini, ketinggalan selepas Jack Hayes menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah pada minit kelapan, sebelum penyerang kebangsaan Faizal Saari menyamakan kedudukan pada minit ke-21. Pakar…










