Malaysia pahat sejarah juarai AFF B-19 - Utusan Malaysia

Malaysia pahat sejarah juarai AFF B-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Dua hari selepas berdepan detik cemas dibaling botol dan batu, skuad bawah 19 tahun (B-19) Malaysia mamahat sejarah muncul juara Kejohanan AFF B-19 buat kali pertama selepas menumpaskan Myanmar 4-3, hari ini.

Kejayaan anak-anak buah Bojan Hodak itu mengatasi pencapaian terbaik mereka sebelum ini – muncul naib juara lima kali.

Dalam aksi di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya itu – venue yang sama pemain negara di­serang penyokong Indonesia pada separuh akhir, Nik Akif Syahiran Nik Mat meledak gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Terdahulu, Muhamad Awang Faiz meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketiga, sebelum Nik Akif Syahiran menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-19.

Tiga gol Myanmar dija­ringkan Win Naing Tun pada minit ke-24, Myat Kaung Khant (minit ke-27) dan ke-31, manakala Shivan Asokan menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-76. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN