PUTRAJAYA 18 Julai – Kerajaan Malaysia telah melantik firma guaman Singapura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat bagi menuntut wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut sumber, Peguam Negara, Tommy Thomas telah meluluskan pelantikan firma guaman Tan Rajah (amp) Cheah, awal minggu ini.
Menurut sumber itu, kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.
Sumber itu berkata Thomas telah mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Singapura Lucien Wong baru-baru ini untuk memudahkan pemulangan wang 1MDB yang telah dibekukan oleh pihak berkuasa Singapura. Antara 53 defendan itu ialah ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low. – BERNAMA










