Malaysia kutuk serangan Israel di Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

Malaysia kutuk serangan Israel di Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Malaysia mengutuk keras serangan pasukan keselamatan Israel terhadap umat Islam yang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehubungan itu beliau menyeru dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama menghentikan tindakan biadab demikian di tempat ibadat.

“Malaysia dengan tegas mengutuk serangan Israel di kompleks Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis semasa solat Jumaat selepas dikatakan pemuda Palestin melontar batu dan mercun. Adakah menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan merupakan tindakan wajar untuk membalas perbuatan melontar batu?

“Adakah tindakan seperti itu wajar di tempat ibadat? Tindakan sedemikian tidak boleh diterima dan saya menggesa masyarakat dunia untuk bersama-sama menghentikan perbuatan seperti itu di tempat ibadat,” katanya menerusi catatan di akaun Twitter miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×