Keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung hak milik Pulau Batu Puteh menimbulkan persoalan yang masih belum dijawab sehingga kini. Perkembangan itu sudah tentu amat mengecewakan bagi bekas Peguam Negara, TAN SRI MOHAMED APANDI ALI yang berpandangan, Malaysia mempunyai bukti-bukti kukuh bagi menyokong permohonan semakan tersebut. Persiapan telah dilakukan bagi membentangkan hujah di ICJ namun kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan telah menyerah kalah…










