Majoriti rakyat bersetuju kerajaan negeri ambil alih SAJ Ranhill - Utusan Malaysia

Majoriti rakyat bersetuju kerajaan negeri ambil alih SAJ Ranhill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Julai – Desakan Barisan Nasional (BN) negeri supaya kerajaan negeri Johor mengambil alih syarikat air SAJ Ranhill turut mendapat perhatian rakyat negeri ini apabila satu undian dibuat menerusi Facebook Persatuan Bangsa Johor.

Inisiatiaf laman sosial tersebut yang membuat undian tentang perkara itu bermula 11 Julai lalu dan berakhir semalam, berjaya menarik 93 peratus sokongan daripada 3,772 orang yang mengundi.

Seramai 3,500 orang bersetuju bahawa pengambilalihan itu kelak bakal menurunkan tarif air yang kini didakwa tidak memihak kepada rakyat, manakala tujuh peratus atau 272 orang mengundi tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Salah seorang pengunjung laman sosial berkenaan, Faiz Faizal berpendapat, air Johor mahal untuk kepentingan syarikat semata-mata, bukannya untuk rakyat, manakala Majid Hashim memberi komen bahawa sudah sampai masa rakyat mendapat manfaat khususnya rakyat Johor.

Khairul Asnawi Ma’dee pula berpandangan apa yang bagus untuk rakyat, kerajaan baharu kena teruskan.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini pernah mencadangkan supaya kerajaan negeri Pakatan Harapan mempertimbangkan untuk mengambil alih syarikat air Johor.

Saranan Naib Presiden UMNO itu dibuat berdasarkan beberapa faktor, iaitu proses itu boleh dilakukan kerana kedudukan kewangan kukuh dan rizab negeri ini yang tinggi melebihi RM3 bilion ditinggalkan kerajaan negeri BN.

“Dengan pengambilalihan SAJ Ranhill, kerajaan negeri bukan sahaja berpeluang memperoleh dividen mencecah RM100 juta setahun, malah berupaya mengawal dan merendahkan tarif air secara keseluruhannya dengan berkesan,” katanya.

Langkah itu, katanya, membolehkan kerajaan negeri memberikan lebih banyak air percuma kepada golongan sasar dan tidak hanya sekadar 10 meter padu seperti dilakukan sekarang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN