Majlis Reunion Alumni SMTK pada 11 Ogos ini - Utusan Malaysia

Majlis Reunion Alumni SMTK pada 11 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Bekas pelajar Sekolah Menengah Tinggi Kajang (SMTK) dipelawa untuk menyertai Majlis Reunion Alumni SMTK yang akan diadakan buat kali kedua di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 11 Ogos ini.

Ahli jawatankuasa penganjur, Mohd. Rashdan Rohani berkata, program bertemakan ‘SMTK Sentiasa Dihati’ itu akan bermula dari pukul 7 malam hingga 12 malam dan terbuka kepada hanya bekas pelajar kemasukan kelas tingkatan satu pada 1987 sahaja.

Katanya, program tersebut bertujuan mempertautkan hubungan antara satu sama lain selain mengimbau kenangan lalu sewaktu belajar di sekolah berkenaan.

“Majlis bakal dimeriahkan dengan kehadiran bekas guru-guru SMTK. Antara pengisian program adalah jamuan makan, karaoke dan sesi bergambar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Rashdan berkata, majlis itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM100 seorang.

“Pembayaran penuh boleh dibuat selewat-lewatnya pada 31 Julai ini. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi saya di talian 013 383 7477 atau Jason Teh (019 382 8659),” katanya.

Menurutnya lagi, bagi mereka yang berhasrat memberikan sumbangan untuk program berkenaan, boleh menghubungi Reza di talian 016 611 4304. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN