MELAKA – Ahli perniagaan, Noor Jan Tuah, 61, dilepas dan bebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan menyamar sebagai Sultan Melaka lima tahun lalu.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memutuskan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.
Mengikut kesemua pertuduhan, Noor Jan didakwa telah menyamar dan memperdaya empat individu untuk menganjurkan majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.
Empat yang diperdaya itu ialah Zaamat Md. Idris, 68; Mokhtar Md. Yusof, 59; Ahmad Zainudin Abd. Hamid, 66, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 37.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah pada pukul 10 malam, 28 Disember 2013.










