Macau Scam: Pesara kerajaan rugi RM85,000 - Utusan Malaysia

Macau Scam: Pesara kerajaan rugi RM85,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Julai – Seorang pesara kerajaan di Temerloh dekat sini kerugian sebanyak RM85,246.01 ditipu sindiket Macau Scam yang memperdayanya dengan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sewaktu mangsa berada di rumahnya dan menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya dari Unit Semakan Mahkamah Tinggi Alor Setar.

“Lelaki ini memberitahu mangsa mempunyai tunggakan Perkeso sebanyak RM17,600.76.

“Mangsa juga diberitahu mempunyai syarikat Gold Shining Sdn. Bhd. didaftarkan di Sungai Petani, Kedah,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, ekoran itu, mangsa disambungkan ke talian Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan bercakap dengan individu dikenali Sarjan Nizam.

“Sarjan Nizam kemudian menyambungkan talian kepada penama Abdul Aziz dan mengatakan mangsa perlu membuat beberapa transaksi bagi menyelesaikan segala kes atas namanya.

“Mangsa memberikan kata laluan perbankan internet kepada lelaki tersebut. Selepas itu, mangsa membuat semakan dan mendapati akaun RHB dan CIMB bank miliknya ada membuat beberapa kali pindahan wang sehingga kesemuanya berjumlah RM85,246.01,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN