KUALA LUMPUR 6 Julai – Pengiktirafan kerajaan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan membuka ruang pengiktirafan terhadap sijil peperiksaan lain sebagai kelayakan untuk memasuki perkhidmatan awam di negara ini. Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, seperti kata pepatah, lulus jarum lulus kelindan, kejayaan usaha pertama ini melalui UEC dikhuatiri akan menyebabkan banyak lagi pihak lain turut membuat permohonan supaya…










