Lokman kecewa difitnah SPR - Utusan Malaysia

Lokman kecewa difitnah SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis kesal difitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai menuduh agensi kerajaan itu bertindak menurunkan bahan kempen calon berkenaan.

Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau hanya menyatakan pada sidang akhbar pagi ini bahawa SPR telah mengarahkan bahan berkempen berkenaan diturunkan, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

“Selepas kita bising mereka kata boleh teruskan dengan `banner’ yang kita sudah naik. Mereka minta agar kita tidak panjangkan hal ni.

“Tapi kini keluar kenyataan tidak profesional dan ini sudah menjadi fitnah,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood dalam kenyataan hari ini berkata, tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen dibuat oleh Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti yang didakwa, malah wakil calon itu juga turut menganggotai PPKPR.

“SPR menafikan dakwaan yang dibuat oleh Lokman bahawa suruhanjaya ini telah bertindak menurunkan bahan kempen yang dipasang oleh calon berkenaan kerana dianggap menimbulkan perasaan tidak selesa kepada pihak lain.

“Ingin ditegaskan bahawa tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen tersebut dibuat oleh PPKPR seperti yang didakwa, malah wakil calon parti berkenaan juga turut menganggotai PPKPR yang diwujudkan oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN