SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam merupakan seorang ahli politik yang berwibawa dan mampu wakil rakyat terbaik untuk rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, Lokman merupakan pemimpin yang komited, lantang serta berani menyatakan pandangan berbeza dalam sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.
“Saya yakin inilah orangnya yang rakyat perlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Beliau (Lokman) mampu memperlihatkan perjalanan demokrasi yang lebih matang dan sihat di negeri ini.
“Malah, perbezaan pendapat itu kalau ditangani dengan prinsip semangat demokrasi akan membawa manfaat dan kebaikan kepada rakyat,”katanya ketika ditemui selepas melakukan program ziarah kasih masyarakat bersama Lokman di Kampung Sungai Kandis di sini hari ini.
PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Lokman menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K. Murthy.- K! ONLINE










