KUALA LUMPUR 6 Julai – Hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ‘ditunduk dan dibelakangkan’ hanya kerana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia. Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara semata-mata, sebaliknya perlu juga diteliti mengenai hak dalam kelompok masyarakat. Mengulas perkara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan…










