Letih, tiada tonggak utama punca skuad Tok Gajah seri dengan PKNP FC - Utusan Malaysia

Letih, tiada tonggak utama punca skuad Tok Gajah seri dengan PKNP FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Keletihan dan ketiadaan beberapa tonggak utama adalah antara beberapa faktor menyebabkan skuad Tok Gajah sekadar seri 1-1 dengan PKNP FC pada saingan Liga Super semalam. 

Pengendalinya, Dollah Salleh mengakui persembahan pasukan Pahang begitu berbeza jika dibandingkan dengan corak permainan semasa menentang Selangor yang membolehkan pasukannya dinobatkan sebagai juara Piala FA pada Sabtu lalu.

“Pada separuh masa pertama, pergerakan pasukan boleh dikatakan serba tidak menjadi dan mereka cuba bangkit pada separuh masa kedua, bagaimanapun gagal mencipta banyak peluang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyedari rata-rata pemain keletihan di samping ketiadaan beberapa tonggak utama.

“Sukar untuk mengerahkan mereka dalam situasi itu tapi ia sepatutnya tidak dijadikan alasan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Dollah bagaimanapun optimis pasukannya akan bangkit pada perlawanan bertemu Perak pada Sabtu ini dan beliau tekad memastikan anak didiknya kembali fokus untuk memenangi empat baki perlawanan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×