Lesen Import sisa plastik dibeku - Utusan Malaysia

Lesen Import sisa plastik dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan Lesen Import (AP) sisa plastik yang dikeluarkan kepada 114 syarikat dan kilang di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan berkuat kuasa kelmarin.

Menteri ber­­kenaan, Zu­raida­ Kamaruddin ber­kata, tindakan itu diambil susulan laporan akhbar Kosmo! me­ngenai pencemaran serius yang me­landa Kuala Langat, Selangor yang dikatakan berpunca dari­pada kilang yang memproses sisa plastik import secara haram.

Menurut beliau, berikutan pembatalan dan pembekuan pengeluaran AP baharu dalam tempoh tersebut, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara terutama di Selangor diarah membuat pembersihan de­ngan mengenal pasti hanya kilang yang mendapat kelulusan KPKT dan melaksanakan pengurusan sisa plastik mengikut piawaian alam sekitar antara­bangsa dibenarkan beroperasi.

“Dalam tempoh tiga bulan itu, semua kilang yang dihentikan permit perlu membuat permohonan se­mula dengan kriteria baharu bagi memastikan tidak ada penyalah­gunaan kuasa dan pelanggaran ­piawaian berlaku,” kata beliau pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN