SARIKEI 3 Julai – Malang menimpa seekor lembu betina apabila terjatuh dan tersepit dalam longkang di Dewan Masyarakat Tanjung Manis di sini petang tadi. Haiwan malang berkenaan bagaimanapun berjaya keluar dari longkang terbabit setelah diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pegawai Perhubungan Awam APM Sarawak, Hafizul Samah berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3.16 petang. Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan lembu tersebut. “Sampai di lokasi, seekor lembu bersaiz besar dilihat berada dalam longkang simen dalam keadaan tersepit. “Usaha mengeluarkan lembu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya